Laman Utama

Setahun Menyepi, Najwa Mahiaddin Kini Bergelar Ibu - "Know Know Dah Motherhood"

Syafiqah Jalal
06/07/2023
22:23 MYT
Sponsor Banner
Setahun Menyepi, Najwa Mahiaddin Kini Bergelar Ibu - "Know Know Dah Motherhood"
Hampir setahun menyepi dan tiada khabar berita, penyanyi Najwa Mahiadin tampil berkongsi kehidupannya terkini.
Najwa berkongsi foto bersama seorang anak kecil dan akui sedang melalui fasa seorang ibu.
“In my motherhood era,” tulisnya dalam kapsyen di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kapsyen berkenaan Najwa turut meletakan beberapa perkataan dengan tanda berpagar seperti ibu, kehidupan terkini dan keibuan
Anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyidin Yassin berkongsi foto hitam putih dirinya bersama anaknya.
Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.
“Tahniah, patut lama menyepi,” komen seorang pengikut laman sosialnya.
“Ayy I miss you. Know know dah motherhood,” kata seorang rakannya.
“Alhamdulilah syukur moga dikurniakan keluarga bahagia,” doa seorang warga maya.
Pelantun lagu Got To Go itu turut mengemas kini hantaran seterusnya dengan penggayaan sepersalinan baju rona biru. Ia menunjukkan seperti dia mahu kembali aktif ke dunia seni.
Kali terakhir Najwa memuat naik hantaran mengenai persembahannya di The Bee Publika pada Oktober tahun lalu.
Najwa mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf bernama Idris Koh Keng Hui, pada Mac 2015.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar