Viral

"Setiap Inci Anjing Adalah Najis!" - PU Syed Tegur Aksi Swafoto Nabila Huda Dengan Anjing

Amri Hassan
31/10/2019
10:30 MYT
Sponsor Banner
"Setiap Inci Anjing Adalah Najis!" - PU Syed Tegur Aksi Swafoto Nabila Huda Dengan Anjing
"Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dalam kalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa dikalangan mereka," itu antara teguran pendakwah bebas PU Syed yang merujuk kepada pelakon Nabila Huda.
Menganggap tindakan memuat naik foto selfie bersama seekor anjing baru-baru boleh mendatangkan fitnah, jelas PU Syed tindakan itu tidak wajar dilakukan Nabila.
"Dari adegan sentuh menyentuh, peluk-memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kepada peminat mereka.
"Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ia boleh mendatangkan fitnah pada agama," tambah PU Syed.
Merujuk kepada perkara sama juga, PU Syed memberitahu setiap inci bagi seekor anjing dikira najis.
"Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar.
"Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis.
"Kalaulah benar artis ini bermazhab lain selain mazhab di Malaysia, tak payahlah duduk 'up' gambar sebegitu rupa yang menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat beliau. Biar tahu jangan keliru," kata PU Syed lagi.
Saya Dah Samak. Itu kata² Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yg haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadi² dan dianggap biasa dikalangan mereka. Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara2 dosa lain yg sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kpd peminat mereka. Fenomena menormalisasikan dosa ini sgt bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pd Agama. Hukum menyentuh anjing Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Kata beliau : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي دَارَ قَوْمٍ مِنَ الأَنْصَارِ وَدُونَهُمْ دَارٌ ، قَالَ : فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، سُبْحَانَ اللهِ تَأْتِي دَارَ فُلاَنٍ ، وَلاَ تَأْتِي دَارَنَا ، فقَالَ : فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَنَّ فِي دَارِكُمْ كَلْبًا ، قَالُوا : فَإِنَّ فِي دَارِهِمْ سِنُّوْرًا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ السِّنُّوْرَ سَبُعٌ Maksudnya :” Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata : Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda : Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata : Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab : Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad) Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yg menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kpd peminat² beliau. Biar tahu jangan keliru PU Syed. #AdeAmbeTakut Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2744-al-kafi-886-memegang-anjing-ketika-dalam-lakonan
A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on
Baru-baru ini tular foto Nabila bersama seekor anjing berbaka Husky Siberia yang dimuat naik ketika bercuti di New Zealand.
BACA: “Saya Dah Cibuk Muka Dan Samak” – Swafoto Bersama Anjing Husky, Nabila Huda Bersedia…
Bagaimanapun, jelas Nabila dia sudah menyamak dan memohon agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar