Berita
"Setiap Waktu Dalam Bulan Ramadan Doa Akan Dimakbulkan" - PU Amin Kongsi Tips Mahu Doa Mudah Makbul
Bulan Ramadan sememangnya satu bulan yang sering dinanti-nantikan buat umat Islam khususnya.
Ini kerana, pada bulan inilah terdapatnya satu malam yang sering dinanti-nantikan iaitu malam Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang dianggap lebih baik daripada seribu bulan.
Pada waktu itu jugalah, kita disarankan untuk perbanyakkan doa lebih-lebih lagi apabila memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
Bagi pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin, katanya, setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.
Justeru, menerusi satu posting di Instagram, PU Amin berkongsi tips kepada orang ramai cara untuk mendapatkan doa yang makbul:
1. Pastikan diri suci daripada najis.
2. Berdoa di tempat dan masa yang istimewa
3. Jauhkan makan minum daripada sumber haram atau syubhah (diragui)
4. Jauhkan diri daripada buat perkara mungkar.
5. Sangka baik pada Allah
Dalam pada itu, katanya, dia turut menasihati orang ramai agar terus menjaga percakapan.
"Doa banyak-banyak. Setiap waktu dalam bulan Ramadan doa akan dimakbulkan. Cakap benda yang baik baik kerana percakapan kita boleh jadi doa.
"Doakan ibu ayah kita. Doakan untuk seluruh ummat Islam. Doakan untuk negara kita agar cepat sembuh daripada virus ini. Siapa pun kita doa kita akan makbul dengan cara yang betul," kongsinya.
Jadi, apa kata, jom sama-sama kita ikut tips berguna ini yang boleh kita manfaatkan di bulan mulia ini.
Dalam pada itu jangan lupa saksikan rancangan yang menampilkan PU Amin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!