Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sha Dengar, Dia Bawa 10 Ekor Kucingnya” - Shila Amzah Terkejut Makin Bertambah Haiwan Belaan Dalam Rumah

Asyikin Mayudin 20/10/2023 | 03:50 MYT

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia sudah memaklumkan kepada ibunya iaitu Fauziah Sarman mengenai hasratnya untuk jual rumah banglo yang didiami lebih setahun yang lalu.

Malah, Shila juga sudah memberitahu ibunya agar memilih dalam empat daripada 20 ekor kucing perliharaan untuk dijaga dan dibawa ke rumah baru.

“Kucing bertambah-tambah… last time saya tahu yang kucing ada 20 ekor saja. Cuba bayangkan kucing sekarang ada berapa banyak. Saya dah cakap dengan mak untuk selesaikan benda itu.

“Saya rasa dalam lebih setahun yang lalu, saya nak jual rumah… jadi mana kucing kesayangan, bawa la dalam empat ekor ke yang kucing memang favourite.

“Yang lain itu bagi la orang lain jaga. Kalau 20 ekor, memang boleh uruskan,” kata Shila ketika membuat siaran langsung (live) di TikTok pada malam Khamis.

Tidak menetap bersama ibu dan adik-beradiknya, Shila bagaimanapun terkejut apabila mengetahui kucing perliharaan di rumah banglo itu bertambah sebanyak 50 ekor.

Menurut Shila, dia difahamkan kucing itu bertambah disebabkan individu yang bukan ahli keluarganya membawa sekali 10 ekor haiwan tersebut masuk ke rumah tersebut.

“Tapi tiba-tiba hari itu kata ada 50 ekor… mana la saya tahu, saya tak duduk situ. Tapi yang Sha dengar, rupanya dia bawa 10 ekor kucing dia.

“Jadi kucing dia bawa ke situ, makanya bertambah-tambah… selagi ada kucing di dunia ini, dia bawa balik,” dedahnya lagi.

Dalam pada itu, isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai ini mengakui dari awal lagi dia tidak selesa individu yang dipercayai kekasih adik lelakinya, Shafiq berada dalam rumah keluarganya itu.

“Tak tahu macam mana, tiba-tiba saya datang rumah dia ada, datang rumah je dia ada… Sha tanya la siapa ini kan. Saya pun tak selesa, orang tak kenal datang rumah kita. Kita nak buka tudung la, nak bercerita la,” ujarnya lagi.

BACA SINI: “Dia Pindah Masuk Tanpa Kebenaran Saya” - Shila Amzah Beri Amaran, Desak Wanita Dipercayai Kekasih Adik...

Terdahulu, Shila meminta seorang wanita yang dikenali sebagau Eiza untuk keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Shila menerusi kenyataan di akaun Insta Story miliknya memaklumkan memberi tempoh kepada wanita berkenaan yang dipercayai teman wanita adiknya, Shafik sehingga Jumaat untuk beredar dari rumah tersebut.

undefined
#Shila Amzah #Kucing #Syada Amzah #Fauziah Sarman #Amir Shafiq #Kekasih Adik #Eiza Idanie
;