Bollywood

Shah Rukh Khan Larang Paparazi Rakam Gambar Anak Bongsunya

Syafiqah Jalal
10/10/2017
11:00 MYT
Sponsor Banner
Shah Rukh Khan Larang Paparazi Rakam Gambar Anak Bongsunya
Demi melihat anak bongsunya, AbRam berusia empat tahun bersekolah seperti kanak-kanak lain, aktor Bollywood Shah Rukh Khan telah melarang paparazi atau media merakamkan gambar anaknya di sekolah.
Menurut India.com, Shah Rukh Khan (SRK) tidak mahu AbRam yang baru sahaja bersekolah terganggu dengan kehadiran lensa kamera.
AbRam kini sudah mula bersekolah di sebuah sekolah di sana iaitu Dhirubhai Ambani International School.
Sekolah itu menjadi pilihan pasangan selebriti di Mumbai dan pengurusan sekolah sudah sedia maklum mengenai keselamatan murid yang belajar di situ.
Anak SRK telah menjadi tumpuan paparazi yang sanggup menunggu di luar sekolah untuk merakamkan gambar AbRam.
Menurut sumber, SRK tak mahu sesiapa merakamkan gambar anaknya di sekolah kerana tidak mahu anaknya itu berasa tertekan.
“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka.
"Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera.
“Bagaimanapun, SRK tidak kisah jika wajah anaknya dirakam jika mereka berada di mana-mana majlis tetapi bukan di sekolah,” kata sumber itu.
Sumber: India.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar