Laman Utama
Shahida Dedah Ibu Kandung Bekas Anak Angkatnya Kuat Scam Orang - “Saya Dah Kena Dulu”
Isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida Mohd Rashid mendedahkan, ibu kepada bekas anak angkatnya Qayyum didakwa telah menipu ramai orang menerusi penjualan barang-barang preloved di Instagram.
BERITA TRENDING: “Hidup Perlukan Lawak Dik, Bukannya Ada Adegan Ramas Meramas” - Tarian Gelek Punggung Dengan Ifa Raziah, Aliff Syukri Minta Maaf
Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh Shahida, beberapa mangsa dikatakan terjebak dalam ‘scam’ berkenaan dan meminta bantuannya untuk mendapatkan info mengenai wanita tersebut.
“Assalam saya dah lama dan banyak kali sebenarnya dapat DM tentang seseorang yang saya kenali sebelum ini telah menipu ramai orang.
“Saya mula-mula ignore sahaja, tapi pagi ni ada lagi seorang yang terkena. Harap hati-hati ya dengan penipuan wanita terbabit. Saya dah kena dulu. Janganlah anda kata saya buka aib pula, ni awareness supaya yang lain tak kena.
“Hati-hati ya korang. Kalau korang ada info tentang mak Qayyum tu share ok sebab kesian ramai kena scam, kita bantu mereka yang terkena!”
Menerusi ruangan komen, ada juga yang berkongsi telah ditipu dengan wanita berkenaan. Ada juga berkongsi akaun Instagramnya supaya orang ramai tidak terlibat dengan penipuan serupa.