Hiburan
Shahrol Shiro Lucu, Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah - “Iqi Dah Siap Masuk Kelas Tapi Dia Pelik Padang Tak Sama”
Pelawak, Shahrol Shiro berkongsi momen lucu yang berlaku sewaktu menghantar anak sulungnya, Rifqi ke sekolah.
Menerusi video pendek di Instagram, Shahrol memaklumkan dia tersalah menghantar anaknya ke sekolah yang lain.
Menurut Shahrol, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas pihak sekolah menghubunginya.
“Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri uruskan kemasukkan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi ke sekolah mana, ada dua nama sekolah yang disebut.
“Cerita hari ini, saya hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam hantar Iqi, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah.
“Risau jugak lah kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah. Iqi dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik bila tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu.
“Terus dia jumpa cikgu beritahu ‘Cikgu, rasanya saya salah sekolah ni’. Cikgu tengok nametag dia ‘Eh, betullah, kamu bukan sekolah sini’. Terus dia hantar ke pejabat.
“Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah ya Iqi dan terima kasih cikgu cikgu yang membantu,” tulisnya.
Terdahulu, Shahrol dan Nor Farhanah bernikah pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Iskandar Rizqi, Ismail Rifqi dan Layla Sumayyah.