Laman Utama

Shakila Koriri & Fizi Ali Sambut Birthday Anak Sama-Sama, Netizen: “Masuk Habuk Lak Mata Ni Tengok Ameena Happy Sebab Umi Daddy Ada Sekali…”

Fiza Kamarudin
16/03/2022
05:10 MYT
Sponsor Banner
Shakila Koriri & Fizi Ali Sambut Birthday Anak Sama-Sama, Netizen: “Masuk Habuk Lak Mata Ni Tengok Ameena Happy Sebab Umi Daddy Ada Sekali…”
Bekas pasangan suami isteri Shakila Koriri dan Fizi Ali mendapat pujian ramai selepas menyambut ulang tahun kelahiran ketiga anak mereka, Ameena Sofia bersama.
Rata-rata mereka terharu melihat sikap profesional Shakila dan Fizi yang sanggup melupakan seketika apa jua yang berlaku di antara mereka sebelum ini, demi puteri kesayangan mereka itu.
Ada juga yang menyatakan rasa sebak melihat wajah gembira Ameena ketika majlis tersebut, termasuk yang mengharapkan ibu dan bapanya kembali bersama.
“Alhamdulilh…..Masuk habuk lak mata ni, so happy tengk Ameena sebab Umi dengan Daddy dia ada masa birthday dia. Betul la tu, taka da apa yang anak kecil itu mahu selain dari mak dan ayah dia ada masa hari gembira dia. Happy Birthday, Ameena Sofea!”
“Happynya bila slide yang gambar kedua, tengok-tengok Fizi ada sekali. Semoga jodoh you all akan bercantum balik, doa sangat-sangat nak you all macam dulu balik.”
Antara komen yang ditinggalkan pengikut di ruangan komen pada hantaran dimuat naik Shakila, Isnin lalu.
Menerusi hantaran tersebut Shakila telah menulis kapsyen yang panjang untuk anak kesayangannya itu.
Shakila berkata, dia sepatutnya mengundang semua rakan-rakan Ameena pada majlis tersebut, tetapi membatalkannya dan menyambutnya bertiga.
“Walaupun tak berapa OK tapi kena OK sebab Hari Dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku dah terkangkang buat semua benda dengan birthday girl lately nak berdukung tak pasal-pasal sesaje.
“Happy 3rd Birthday nyawaku Ameena Sofea. Lain sikit tahun ni. (Lain banyak sebenarnya) tapi i janji i akan buat you happy bukan pada hari you tapi setiap hari setiap saat sebab you nyawa i.
“Birthday event you yang sepatutnya i akan invite all your friends semua cancel sebab Allah nak bagi kita celebrate bertiga.
“Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi i tahu you happy sebab memang you nak tengok DUA-DUA kan.
“Semoga you kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang.
“Ramai orang akan ikut kebaikan yang you tunjuk kan. Insyallah. You anak solehan dan anak yang akan buat Umi & Daddy bangga nanti,” tulisnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar