Laman Utama

Shakilla Mimpi Anak Masuk Hospital, Firasat Tepat Ameena Positif COVID-19 - "Start Muntah Dari Malam & Jawapannya ..."

Amri Hassan
09/03/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
Shakilla Mimpi Anak Masuk Hospital, Firasat Tepat Ameena Positif COVID-19 - "Start Muntah Dari Malam & Jawapannya ..."
Firasat pelakon Shakilla Khoriri terhadap keadaan kesihatan anaknya, Ameena Sofia tepat sekali apabila akhirnya disahkan positif virus COVID-19.
Berkongsi perasaan luluh di Instagram, kata Shakilla, dia terlebih dahulu mendapat mimpi anaknya dimasukkan ke hospital sebelum mendapat perkhabaran duka itu semalam.
"'Sorry anak puan positif', bang! Satu batu besar macam hempap atas kepala I masa dengar ayat tu.
"Dua tiga hari masa Ameena dengan daddy dia hati ni rasa tak best. Rasa macam ada sesuatu tak kena dengan Ameena. Mimpi Ameena masuk hospital dua hari berturut.
"Malam tadi ambil Ameena dekat Fizi, saat I peluk dia dalam hati cakap; 'Eh anak aku tak okey ni'," cerita Shakilla.
Ameena kemudiannya mengalami beberapa simptom antaranya muntah-muntah sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.
"Start muntah dari malam tadi bawa sampai ke pagi ni. Hati aku ni kuat cakap, habislah anak aku kali ni.
"Pagi Ameena bangun tak sempat makan apa semua terus siap pergi klinik buat swab and jawapan yang buat aku betul-betul kecewa. Dia positif tapi aku negatif.
"Dalam hati fikir macam mana aku nak ganti tempat dia. Biar aku. Tapi i percaya semua ni ada hikmah dia," katanya yang kini sibuk membuat persiapan untuk sambutan hari jadi Ameena ke-3.
Sementara itu, penyampai radio Fizi Ali pula memohon maaf atas keadaan yang menimpa anak perempuannya itu.
"Sorry sayang daddy tak ada dengan awak. Jangan risau umi awak akan jaga awak. Daddy doakan awak cepat sembuh.
"Maafkan daddy, kalau daddy punca awak sakit. Jaga diri sayang, doakan Ameena cepat sembuh dari virus ini," tulis Fizi di Instagram.
Terima ketentuan dengan berlapang dada, Shakilla kemudiannya membalas hantaran Fizi di ruang komen.
"Its okay Daddy. Bukan you minta sakit tu datang dekat Ameena. Tak de siapa yang nak. Dah tertulis Ameena nak kena. Doakan Ameena cepat baik," kata Shakilla.
Fizi berkahwin dengan Shakilla pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Bagaimanapun pasangan selebriti ini mengambil keputusan berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Selangor pada 15 Disember 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar