Laman Utama
Sharifah Amani & Aleya Kongsi Pengalaman Spotcheck Haid - "Silalah Kalau Ustazah Berani Hadap Polis"
Isu pelajar sekolah perempuan yang terpaksa menjalani pemeriksaan datang bulan atau haid menjadi bualan hangat netizen.
Ramai yang berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai isu terbabit yang dianggap sebagai satu gangguan seksual.
Turut berkongsi pandangan sama mengenai isu terbabit adalah pelakon Sharifah Amani dan pengacara Sharifah Aleya.
Jelas Aleya, isu berkenaan menjadi punca ibunya, Fatimah Abu Bakar tidak membenarkannya untuk bersekolah asrama.
"Ini mesti penyebab kenapa ibu saya berkeras tidak mahu saya ke sekolah berasrama.
"Walaupun hakikatnya saya masih berdepan situasi 'betul ke period? Nanti cikgu check baru tahu!!!' di sekolah harian biasa.
"Tetapi kami akan terus pulang ke rumah, tak berani nak menipu. Takut kantoi.
"Sudah tentu saya pernah ditanyakan soalan terbabit beberapa kali, saya hanya membalas 'What!?!' dengan wajah (WTF), jadi ia dapat membantu saya mengekang isu itu rasanya.
"Sekiranya hal sama berlaku kepada anak perempuan saya, seseorang akan kena nanti," ciapnya di Twitter.
Begitu juga adiknya, Sharifah Amani yang pernah memberikan amaran kepada ustazah di sekolahnya.
"Dulu ustazah pernah nak periksa saya, kemudian saya teringat mama cakap kalau ada sesiapa yang sentuh kita tanpa keizinan, kita boleh heret ke polis.
"Jadi saya jawab kat ustazah 'silalah kalau berani hadap polis ustazah'. Member cuak kemudian lepaskan saya. Nasib baik mama ajar kami," cerita Amani.
Sementara itu, Aleya turut menyanggah pertanyaan segelintir pengguna yang terdiri daripada kaum lelaki berkenaan tindakan memeriksa (dengan cara meraba) untuk mendapat kepastian.
"Jantan-jantan yang duk tanya 'kalau tak raba, macam mana nak pastikan pelajar tu period ke tak?', dengan segala hormatnya pergi mampus!
"Sebelum kau jahanamkan hidup bini, anak perempuan, adik perempuan, kakak kau. Bukan hak kau untuk cari kepastian," ujarnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada pengguna yang meminda pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai paksaan pelajar untuk buktikan diri mereka datang bulan.
Wanita itu pada dasarnya mahukan penjelasan apabila ada sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan mereka 'uzur'.
Menurutnya, ada sekolah yang didakwa tergamak mencalit kemaluan pelajar untuk menunjukkan darah kepada guru atau pengawas sekolah.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun juga memandang serius amalan sesetengah guru memeriksa pelajar perempuan untuk memastikan mereka memakai tuala wanita sekiranya mereka tidak berpuasa.
#Viral
#Sharifah Aleya
#sekolah
#Sharifah Amani
#Ustazah
#Uzur
#Haid
#Datang Bulan
#Period
#Spotcheck