Laman Utama

Sharifah Rose Dedah Dulu Beli Cincin RM10,000 Hasil Duit Bayaran Kerja Pertama, Kini Bangga Dapat Pakai Barang Kemas Ratusan Ribu Ringgit!

Syafiqah Jalal
24/03/2023
01:40 MYT
Sponsor Banner
Sharifah Rose Dedah Dulu Beli Cincin RM10,000 Hasil Duit Bayaran Kerja Pertama, Kini Bangga Dapat Pakai Barang Kemas Ratusan Ribu Ringgit!
Pempengaruh dan pelakon, Sharifah Rose mendedahkan dia pernah membeli cincin berlian dengan harga RM10,000 menggunakan duit hasil bayaran kerja pertamanya sebagai pelakon beberapa tahun lalu.
Kata Sharifah Rose cincin itu menjadi salah satu tanda ingatan dan kenangannya untuk bayaran pertama selepas bergelar pelakon.
“Saya ada beberapa barang kemas peribadi yang saya miliki tetapi paling mahal saya pernah beli adalah cincin berlian iaitu harganya dalam RM10,0000. Masa tu pertama kali dapat payment untuk berlakon drama.
“Ketika itu saya minta pendapat ibu apa yang patut saya beli supaya ia menampakkan nilai yang tinggi kerana masa itu saya fikir tak nak beli sesuatu benda yang bukan-bukan. Jadi ibu kata apa kata beli cincin berlian kerana ia boleh jadi barang yang saya akan ingat dan boleh juga dipakai,” katanya.
Rose ditanya mengenai barang kemas milik peribadinya selepas dilantik sebagai duta baharu kepada jenama barang kemas terkenal, Habib baru-baru ini.
Kata Rose dia sangat teruja apabila dipilih Habib untuk menjadi wajah baharu Habib kerana akui sejak kecil gemar memakai barang kemas.
“Barang kemas ini adalah satu perkara yang sangat dekat dengan keluarga saya. Saya hanya ada seorang adik lelaki, dan saya seorang anak perempuan sulung. Dari kecil mak saya suka pakaikan semua barang kemas pada saya.
“Jadi bila dipilih menjadi duta untuk jenama besar ini, saya rasa sangat overwhelming dapat bekerjasama. Mananya tak bangga kerana sebelum ini pun nama-nama besar yang menjadi duta Habib seperti Rozita Che Wan dan Anzalna.
“Lebih menyeronokkan ketika penggambaran untuk Habib, saya sangat teruja apabila nampak set barangan kemas harga ratusan ribu dan berpeluang memakainya dalam masa sehari.
“Macam mimpi bekerja dengan Habib. Satu rezeki yang sangat luar biasa untuk bekerja dengan Habib di usia yang sangat muda,” ujarnya.
Kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2023 dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengurus Besar Kanan Jualan, Mohd Zaruddin Mahmud dan Ketua Pegawai Pemasaran, Joseph Lam.
Majlis pelancaran dilengkapkan dengan penampilan pengusaha Tekat yang berpengalaman serta menunjukkan kehalusan seni ini untuk dihargai umum, acara juga dimeriahkan dengan persembahan istimewa penghibur tanah air, Kaka Azraff.
Tahun ini, HABIB menyambut Aidilfitri dengan memberi penghormatan kepada warisan seni Tekat, melalui motif yang diilhamkan daripada alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan tempatan. Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad tahun ini didatangkan dalam lima reka bentuk berbeza – Bunga Cengkih, Bunga Kekwa, Bunga Padi, Bunga Raya, dan Awan Larat. Setiap satu, dilengkapi dengan rekaan sampul yang indah sesuai dijadikan sebagai hadiah, pengganti duit raya atau dikumpul sebagai koleksi peribadi.
Koleksi kegemaran ramai, Oro Italia 916 HABIB juga dipersembahkan dengan rekaan baharu, yang lebih menawan, hasil gabungan pelbagai kemasan seperti high polish, potongan berlian, matte dan kemasan satin yang membawa suntikan nafas baharu kepada reka bentuk klasik.
Turut menjadi perhatian, Koleksi Eksklusif Emas 916 HABIB dengan rekaan lebih kontemporari, gabungan emas 916 berona kuning dan putih, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB.
Buat kaum jejaka, Butang Baju Melayu yang sentiasa menjadi pelengkap di pagi Raya, hadir dalam bentuk dan warna baharu, segak dipadankan dengan cincin perak paladium. Untuk kanak-kanak pula, seleksi emas 916 bermotifkan flora dan fauna ditawarkan.
Buat julung kalinya juga, HABIB berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Malaysia, Syomirizwa Gupta, yang menampilkan busana mewah yang elegan dan berwarna ceria sebagai penyeri di Aidilfitri, untuk digayakan bersama koleksi Raya HABIB.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar