Laman Utama

Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong

Fiza Kamarudin
29/09/2020
23:39 MYT
Sponsor Banner
Sharifah Zarina Jawab Dakwaan Anak Bercinta Dengan Alvin Chong
Penyanyi Sharifah Zarina tidak menghalang anaknya Athalia Deena Buswani untuk berkawan dengan sesiapa asalkan tahu menjaga diri dan menjaga nama keluarga.
"Saya tak kisah anak saya nak kawan dengan sesiapa pun, yang penting dia pandai jaga diri dan jaga nama baik keluarga," katanya.
Bagaimanapun ketika diminta mengulas dakwaan anaknya sedang menjalin cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong, penyanyi Langit Ketujuh itu lebih selesa jika persoalan tersebut dijawab empunya diri.
“Jika tanya saya, tiada komen tentang ini, ‘I reserved my comment’ tentang perkara ini. Saya rasa Alvin pun akan buat sidang media Jumaat ini.
“Rasanya lebih baik jika kita tunggu Jumaat nanti. Kita dengar apa yang mereka nak cakap sebab saya tak mahu komen lebih-lebih,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, Athalia, 17, memuat naik videonya bersama di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya.
Sharifah Zarina menerusi video tersebut memberi reaksi positif kepada Alvin dan Athalia, sehingga mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.
Malah reaksi yang ditunjukkan Sharifah Zarina menggambarkan seolah-olah dia ‘merestui’ hubungan anaknya dengan penyanyi Sayangku Salmah itu.
Namun, warganet pula memberikan pandangan berbeza terhadap Athalia dan Alvin sekiranya benar mereka sedang menjalin hubungan istimewa.
Apatah lagi usia Alvin sudah mencecah 30 tahun manakala Athalia pula masih di dalam kategori remaja bawah umur.
Baca: Keluar ‘Dating’ Dengan Gadis Bawah Umur, Alvin Chong Jawab Dalam Sidang Media!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar