Laman Utama
Sharifah Zarina Terpaksa Pintal Tudung Jadi Turban Apabila Ke Amerika Syarikat - "Rasa Berdosa Amat Tuhan Je Tahu"
Penyanyi Sharifah Zarina tampil menjelaskan tindakannya berturban apabila mengunjungi Amerika Syarikat sebelum ini.
Hal itu ekoran persepsi segelintir penduduk di negara terbabit yang masih punyai sentimen Islamofobia hingga sanggup bertindak ganas termasuk membunuh.
Zarina pada masa sama simpati dengan nasib yang menimpa rakan seagama di negara terbabit menerusi laporan media baru-baru ini.
"Inilah masalah bila ke Amerika Syarikat, saya akan pakai tudung ala-ala turban atau ikat simpul je.
"Rasa berdosa yang amat tu Tuhan je tahu. Sebab banyak kali dah kena dengan Mat Salih ni bila kita pakai tudung dengan sempurna, layanan amat berbeza.
"Ya, mereka Islamophobic," tulis Sharifah Zarina.
Zarina turut berkongsi perubahan tudung yang dipakainya sepanjang berada di beberapa lokasi di Amerika Syarikat antaranya di Los Angeles dan San Francisco.
Pelantun lagu Langit Ketujuh itu memakai tudung dengan cara lilitan biasa ketika berada di Los Angeles namun menukarkan tudung menjadi turban ketika di San Francisco.
"Sampai je di San Francisco terus tukar jadi turban sebab dalam masa sehari kat sana banyak kena palau dengan Mat Salih.
"Jadi, saya putuskan untuk transformed segala selendang yang saya bawa jadikan turban. Semalaman belajar di YouTube," ceritanya.
Zarina turut menjelaskan tindakan memilih lokasi percutian Islamofobia sedangkan banyak pilihan negara lain untuk dikunjungi sebelum ini.
"Sebenarnya bila nak travel banyak lagi tempat lain dalam list kami tapi sebab kami nak guna visa tu yang masih valid lagi. Amerika Syarikat paling susah nak bagi visa.
"Tapi once dah dapat 10 tahunlah boleh keluar masuk sana.
"Lagi satu saya suka jadi personal shopper kat sana, barang-barangnya mampu milik dan senang nak jual di Malaysia.
"Jadi, sambil travel sambil menambah rezeki gitu. Next trip? Berhuhu sajalah di Malaysia dulu selagi tak habis COVID-19 ni," tambahnya yang kali terakhir ke Amerika Syarikat pada tahun 2019.