Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Bakal Umum Tarikh Kahwin 9 Januari Ini

Rozaimi Zubaidi 03/01/2017 | 08:49 MYT
Pelakon Shaarnaz akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan kekasih hati, Noornabila pada 9 Januari ini.
Shaarnaz menerusi undangan kepada Astro Gempak memberitahu, satu sidang media khas akan diadakan untuk tujuan tersebut.
Sidang media yang bakal diadakan di sebuah kafe di Kuala Lumpur itu, akan menjelaskan kepada umum mengenai majlis yang telah di rancang oleh mereka itu nanti.
Terdahulu, Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada pertengahan bulan Disember lalu.
Shaarnaz juga telah memberitahu kepada Astro Gempak bahawa dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.
Pelakon berbakat besar itu turut memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada suku tahun ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Kahwin #Sharnaaz Ahmad #Kahwin #Noornabila
;