Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sharnaaz Ahmad Puji Bekas Isteri - “Kalau Bab Agama, Alhamdulillah Didikan Nabila…”

Asyikin Mayudin 03/03/2023 | 08:55 MYT
Meskipun sudah tiada ikatan, namun pelakon Sharnaaz Ahmad tetap masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.

Malah kehadiran Sharnaaz yang turut menghantar Nabila bersama anak mereka, Jebat Jayden dan keluarga di lapangan terbang untuk menunaikan umrah baru-baru ini juga mendapat perhatian.

Terbaru, Sharnaaz menerusi laman Instastory memuat naik semula foto anak lelakinya yang berada di Tanah Suci bersyukur dengan cara didikan bekas isterinya dalam soal agama.

“Kalau bab agama, Alhamdulillah didikan Nabila champion!” puji Sharnaaz.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini juga secara berseloroh berkata bab didikan huru-hara berikan kepadanya.

“Tapi! Bab didikan haru bin biru bin hara! Serahkan pada al king of anak antoo… I love u my little anak antoo @jebatjavden,” kata Sharnaaz.

Seperti yang diketahui, Nabila termasuk Neelofa sekeluarga kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Apa yang menarik perhatian adalah kelibat Sharnaaz turut berada di lapangan terbang menghantar bekas keluarga mentuanya berangkat ke Tanah Suci.

Sebab Jebat turut serta dalam rombongan ke Mekah, jadi Sharnaaz juga ada di sana. Ramai yang memuji Sharnaaz kerana mengetepikan ego dan berkumpul dengan keluarga bekas mentuanya.

Untuk info, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum mereka sah bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Dua tahun kemudian, Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkenal Engku Emran pada Mac 2021.

#Nabila #Sharnaaz #Jebat #Anak Sharnaaz #Sharnaaz Jebat #Sharnaaz Nabila #Sharnaaz Puji Nabila
;