Hiburan
Sharnaaz Tak Sokong Tindakan Bekas Teman Lelaki Alya, "Netizen Tak Faham Dengan Ayat ..."
Aktor Sharnaaz Ahmad menyatakan netizen telah salah faham dengan komen yang ditinggalkan di ruangan Instagram (IG) bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Mahathir Mohd.
Kata Sharnaaz, sebagai seorang kawan dia akan berada di sisi untuk memberi sokongan terutamanya ketika dalam kesusahan.
"Netizen tak faham dengan ayat 'stay sharp' yang saya cakap tu. Bila dah buat salah, kita kena hadap. Macam mana pun dia masih kawan saya.
"Takkan kita nak biar kawan kita. Kawan jenis apa macam tu? Masa dia senang kita ada dengan dia, masa dia susah kita buat apa? Lari ke sembunyikan diri?
"Itu bukan saya walaupun ada orang pernah buat saya macam tu. Ibu bapa saya tak pernah ajar macam tu.
"Kalau netizen nak kecam saya pun dah 12 tahun saya kena. Tak rasa apa, dah biasa sangat.
"Yang penting kita mendoakan orang dan kita pun buat benda sama," katanya ketika dihubungi Gempak.
Sebelum ini, Sharnaaz telah memberi kata-kata semangat di salah satu entri IG Mahathir.
"Stay sharp brother..Jadi seperti lelaki dan saya tahu anda boleh menangani ini dengan bijak. Sayang awak kawan," tulis Sharnaaz.
Sementara itu, tegas pelakon filem Polis Evo 3 dia tidak berkawan berdasarkan harta kekayaan seseorang itu.
"Saya kawan dengan semua orang. Kalau saya ambil kesempatan dah kaya raya sekarang ni.
"Saya orang biasa. Mati pun guna kain kapan, tak ada kain beropol-ropol," katanya lagi.