Laman Utama

Sharon Stone Dakwa Dipaksa Bogel Di Basic Instinct, Pengarah: "Sangat Mustahil"

Maliah Surip
13/07/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Sharon Stone Dakwa Dipaksa Bogel Di Basic Instinct, Pengarah: "Sangat Mustahil"
Pada bulan Mac lalu, aktres Sharon Stone mengejutkan dunia hiburan apabila mendedahkan dirinya telah dipaksa berbogel dalam filem yang memperkenalkan namanya, Basic Instinct.
Pendedahan itu ditulis dalam memoir miliknya yang berjudul The Beauty of Living Twice.
Stone, 61, mendakwa dirinya telah diperdaya untuk membuka baju, berbogel sekaligus memperlihatkan bahagian kemaluannya kepada ramai orang di lokasi penggambaran.
"Itulah pertama kali saya melihat kemaluan saya dirakamkan. Bukan sahaja di hadapan kru, tapi ramai orang.
"Padahal pengarah mengatakan mereka tidak nampak apa apa dan menyuruh saya menanggalkan seluar dalam," tulis Stone yang juga mengaku menangis dan kebinggungan selepas melakonkan babak tersebut.
Namun, dakwaannya disangkal oleh pengarah filem yang dihasilkan pada tahun 1992 itu, Paul Verhoeven.
Bercakap buat pertama kali mengenai isu tersebut, Verhoeven mengatakan apa yang didakwa Stone sangat berbeza dengan keadaan sewaktu mereka menjalankan penggambaran.
"Memori saya masih boleh berfungsi dengan baik dan ia sangat berbeza dengan dakwaan Stone," kata Verhoeven yang ditemui di Cannes Film Festival sempena mempromosi karya terbaharunya, Benedetta, lapor Variety.
Verhoeven kemudian menjelaskan: "Versi yang diceritakan Stone sangat mustahil. Dia tahu apa yang kami sedang lakukan.
"Sebelum melakukan babak itu, saya beritahu dia. Saya mengenali seorang wanita sewaktu belajar dahulu yang mempunyai sikap pelik.
"Dia suka duduk bersilang kaki saat menghadiri parti dan apa yang mengejutkan, wanita ini tidak akan memakai seluar dalam.
"Apabila ditegur kami boleh melihat bahagian kemaluannya, dia menjawab 'Saya tahu, itu tujuan saya melakukannya!
"Dan dari situ saya bersama Stone sepakat melakukan adegan yang hampir sama."
Biar Stone telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, Verhoeven bagaimanapun mengaku masih menjalin hubungan baik dan berhubung dengan aktres tersebut.
Sementara itu, media antarabangsa yang menghubungi perwakilan Stone tidak mendapat respon dari mereka.
Basis Instinct adalah sebuah filem mengenai novelis jenayah bernama Catherine Tramell menjadi suspek pembunuhan kejam seorang rock star. Kesnya disiasat oleh detektif Nick Curran lakonan Michael Douglas yang terpedaya dengan godaan wanita itu.
Kredit Foto: Getty Images, Variety
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar