Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Shawn Mendes & Camila Cabello Bakal Berkahwin?

Asraf Aided 09/12/2020 | 05:12 MYT
Umum mengetahui tentang hubungan dua penyanyi popular Hollywood, Shawn Mendes dan Camila Cabello menjalin cinta.
Memetik laporan Celebrity Insider, Shawn memberi bayangan bahawa dia benar-benar merasakan Camila bakal menjadi bakal isterinya.
Difahamkan, Camila juga sudah mula rapat dengan ahli keluarga teman lelakinya itu.
Pada masa yang sama, Shawn juga akui dia dan Camila banyak berbincang mengenai hala tuju mereka di masa hadapan sejak kebelakangan ini, malah, bapanya juga sudah mula memanggil Camila dengan gelaran menantu.
Perkara itu telah mencetuskan spekulasi sesetengah pihak yang menganggap pasangan ini mungkin merancang untuk mendirikan rumah tangga secara rahsia.
"Bapa saya tak jarang kelihatan serius, tetapi apabila berkaitan Camila, dia selalu tanya, apa kabar menantu saya?
"Apabila kita telah jumpa seseorang yang kita cari, saya yakin kita dapat merasakannya," kata Shawn.
Terdahulu, Shawn dan Camila mula menjalin hubungan cinta sejak July 2019.
Dalam perkembangan lain, Shawn baru melancarkan album terbaharu yang berjudul Wonder. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini diinspirasikan dari kisah cintanya bersama Camilla dan turut mengisahkan tentang kemashyuran.
Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : Billboard
#Hollywood #Camila Cabello #Shawn Mendes
;