Hiburan

Sheila Majid Ibu Yang Garang - Kayda Aziz

Syafiqah Jalal
21/12/2016
08:39 MYT
Sponsor Banner
Sheila Majid Ibu Yang Garang - Kayda Aziz
Penyanyi hip hop dan rapper, Kayda Aziz mendedahkan ibunya, Datuk Sheila Majid seorang wanita yang tegas dan garang.
Pun begitu semasa merakamkan lagu bersama untuk lagu Sinaran dalam nafas baru, Kayda Aziz atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda,27, memberitahu Sheila seorang penyanyi yang profesional.
"Ibu saya memang seorang yang garang dan tegas kepada saya sejak saya kecil lagi kerana dia tahu apa yang dia nak.
"Tetapi bila dalam kerja dia seperti seorang penyanyi yang sangat profesional ketika merakamkan lagu bersama.
"Malah ketika di dalam studio rakaman dia seorang yang menyeronokkan juga. Mungkin kerana dia faham saya kadang-kadang ada rasa gementar dan tertekan apabila merakamkan lagu, jadi dia tidak mahu terlalu tegas," katanya lagi.
Lagu Sinaran yang dirakamkan khas semula dalam nafas baru itu menampilkan Kayda sebagai rapper untuk sebuah iklan komersil.
Kayda bagaimana pun memberitahu selepas ini akan ada beberapa kolaborasi bersama bersama Ratu Jazz Negara itu.
"Selepas ini saya akan berkolaborasi bersama ibu saya lagi untuk lagu-lagu baru.
"Projek itu mungkin akan dilaksanakan pada tahun hadapan," katanya lagi.
Kayda merupakan anak hasil perkahwinan Sheila dengan bekas suami iaitu komposer dan penerbit muzik, Datuk Roslan Aziz.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar