Berita

Shiela Rusly Bakal Terima Menantu, Anak Mula Panggil Elisya Sandha 'Sayang', Siap Datang Rumah Belajar Masak!

ZULHILMI JALIL
08/10/2020
03:16 MYT
Sponsor Banner
Shiela Rusly Bakal Terima Menantu, Anak Mula Panggil Elisya Sandha 'Sayang', Siap Datang Rumah Belajar Masak!
Pelakon Elisya Sandha pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan anak pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly, Uzair Haqimy beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, Elisya pernah menafikan hal tersebut selain hanya mengakui bahawa hubungan mereka tidak lebih sebagai seorang kawan.
Sungguhpun begitu, menerusi satu entri di Twitter yang dimuat naik Uzair, memberi gambaran bahawa kedua-dua mereka sudah berada dalam fasa serius.
Dalam entri tersebut, Uzair memuat naik sekeping foto yang dikirimkan ibunya memaparkan Elisya yang bertandang ke rumahnya untuk belajar memasak.
"Apabila ibu menghantar saya gambar ini ketika saya keluar bekerja, i knew i won life", tulisnya. Hantarannya itu menerima lebih 3,000 ulang kicau di Twitter.
Bahkan, di ruangan komen, Uzair turut memanggil Elisha dengan panggilan 'sayang'.
"The fact that you like to cook, sedap tak sedap, i'm already wining sayang," katanya yang membalas komen Elisya.
Bahkan, hubungan mereka juga seolah-olah mendapat restu daripada Sheila sendiri apabila memuat naik gambar Elisha sedang belajar memasak dengannya di Instagram.
"Dia kata nak belajar masak lauk Minang. Komer rasa kenapa?," tulis Sheila yang memuat naik gambar Elisya sedang memasak.
Di ruangan komen, Sheila turut memberi gambaran bahawa dirinya bakal menyambut menantu tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsikan Sheila menerusi komen balas yang diberikan kepada dua sahabat baiknya, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora yang mahu mula mencari baju majlis kahwin.
"Silakan, baju pereka fesyen tersohor je, Kenanga tak boleh tau, Janji!", jawab Sheila.
Bahkan, Sheila turut memuji masakan Elisya ketika menjawab pertanyaaan penyanyi Naim Daniel mengenai hidangannya itu.
"@naimdanielx rasanya dua-dua ter-sandha tadi @uzairhaqimy69 @elisyasanshaofficial," tulisnya.
Bagaimanapun, Elisya ketika dihubungi Gempak melalui aplikasi WhatsApp memilih untuk tidak memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai status hubungannya dengan anak Sheila Rusly sebentar tadi.
Pelakon itu hanya mengatakan terdapat masalah pada telefonnya saat dihubungi Gempak dan apabila diminta menjelaskan status hubungan dengan Uzair, Elisya tidak membalas pertanyaan tersebut.
Sebelum ini, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Sandha Mohd Faisal, 21, mengakui mula berkawan dengan Uzair sejak dari zaman belajar.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar