Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”

Asyikin Mayudin 07/05/2024 | 03:55 MYT
Menghitung hari nak melahirkan cahaya mata, penyanyi Shila Amzah meminta tip untuk bersalin secara normal di Instastory daripada pengikut laman Instagram.

Ada juga netizen berharap isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai MZ itu berkongsi tips yang diterima.

“Hi Sha, kalau dapat tips kongsi dekat kiteorang please. Terima kasih,” tulis individu yang dikongsikan Shila di Instastory.

Mahu Bersalin Secara Normal

Membalas semula kepada individu itu, Shila berkata dia masih mengumpul cara-cara untuk bersalin secara normal memandangkan keadaan serviks dia masih sama seperti kehamilan pertamanya sebelum ini.

Malah penyanyi lagu Patah Seribu ini juga berharap dan memohon doa daripada semua orang agar dirinya dapat melahirkan anaknya secara normal.

“Saya tengah kumpul ini. Benda dia sebab kali terakhir saya memeriksa saya mempunyai serviks posterior macam kehamilan saya sebelum ini. But the further I go, hopefully as it progresses boleh jadi anterior.

“Ini merupakan yang paling lama saya mengandung setakat ini sebab nak cuba bersalin secara normal selepas pembedahan (doakan tau),” kongsi Shila.

Terdahulu Shila berkata dia membuat keputusan kembali ke tempat di mana anak sulungnya dilahirkan iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) biarpun pada mulanya mahu memilih hospital swasta yang lain.

Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

BERITA TRENDING: Ubai Ulas Isu Bapa Culas Bayar Nafkah - “Ikut Suka Hati Netizen Nama Siapa Yang Mereka Nak Petik”

BERITA TRENDING: “Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai

#Shila Amzah #Shila #Ubai #Ubai MZ #Shila Ubai #Anak Shila #Shila mengandung
;