Shila Amzah Jumpa Gambar Ibu Tiri, Netizen Beri Reaksi Panas
Penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik hantaran di laman X yang menyebut mengenai ibu tirinya, Siti Munirah.
Dalam ciapan tersebut, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, berkongsi bahawa ketika sedang mengemas galeri gambar dalam telefonnya, dia terjumpa koleksi foto bersama ibu tiri yang pernah menjadi teman baiknya.
“Nak bersihkan galeri foto, dan saya perasaan ada banyak gambar saya bersama ibu tiri saya yang pernah menjadi kawan baik saya,” katanya ringkas di laman X.
Difahamkan, Siti Munirah merupakan rakan baik Shila ketika zaman persekolahan.
ND Lala dan Fauziah akhirnya disahkan bercerai pada 2 Ogos 2023, dengan lafaz cerai dibuat menerusi rakaman suara di WhatsApp.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat orang anak, iaitu Shila, 35, Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.