Hiburan
Shima Anuar Gembira Sambut Hari Lahir Anak, Buat Deko Sendiri!
Pelakon Shima Anuar berkongsi kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Marian Sophia yang ke-2 tahun semalam.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
Dalam video tersebut, Shima menghias sendiri dekorasi sambutan hari istimewa anaknya itu.
"@mariansophia12 turns two, selamat hari lahir sayang Mommy, semoga segala yang terbaik buat kamu.
"Kamu akan selama-lamanya menjadi yang pertama, Mommy sangat sayangkan kamu," tulis Shima sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shima mengucapkan selamat hari lahir buat Sophia, ada juga yang memuji kebolehan Shima yang membuat dekorasi sendiri tanpa menggunakan khidmat luar.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.