Hiburan

Shuib Bengang Individu Fitnah ‘Tunggang’ Nama Arwah Siti Sarah Buat Podcast Dengan ‘Bekas Banduan Kerat Lapan’ - “Jumpa Di Mahkamah Ya”

Khairil Khusyairi
23/10/2024
06:20 MYT
Sponsor Banner
Shuib Bengang Individu Fitnah ‘Tunggang’ Nama Arwah Siti Sarah Buat Podcast Dengan ‘Bekas Banduan Kerat Lapan’ - “Jumpa Di Mahkamah Ya”
Pelawak Shuib meluahkan rasa bengang apabila ada seorang individu mendakwa dia menunggang nama arwah isterinya, Siti Sarah dalam podcast Dol’s Podcast.

Individu Fitnah Tunggang Nama Arwah Siti Sarah

Menerusi pendedahan di Instagram (IG), Shuib mempersoal tujuan dan niat individu tersebut yang mendakwa dia menunggang nama arwah isterinya itu.
“Pagi-pagi ni mata jadi cerah bila nampak posting mcm ni. Jom kita bincangkan sama-sama, apa maksud awak @thenadea?

“Kalau saya posting tentang arwah isteri saya itu di kira "menunggang" arwah isteri saya ye bagi awak?

“Maaf nak tanya awak, saya memang tak boleh bercakap tentang arwah isteri saya ke?
“Bila saya bercakap fasal isteri saya itu dikira “menunggang” areah istwri saya ke? Jawab soalan saya!!!,” tegas Shuib.

Shuib Hantar Surat Saman

Dalam pada itu, Shuib juga dikatakan telah menghantar surat saman terhadap individu tersebut selepas individu tersebut tampil membuat permohonan maaf di mesej langsung (DM).

“InsyaAllah ya, jumpa di mahkamah ya.

“Awak tau kan saya pernah saman orang di mahkamah hanya kerana posting bodoh?,” balas Shuib kepada mesej individu tersebut.
Terdahulu, Dol’s Podcast menjemput bekas banduan kerat lapan yang dikenali sebagai Abah Hayat. Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila mereka menjemput Abah Hayat sebagai tetamu.
Pada 22 September 2008 Khairul Anuar, dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh seorang tukang besi, Chuah Leng Hai, 38, dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian.
Mengikut pertuduhan, Khairul Anuar didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Datuk Kumbar, di sini antara pukul 5 pagi hingga 6.35 pagi, 4 Jun 2001.
Khairul Anuar kemudian mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.
Seterusnya pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap iaitu pada 2001.
Dia selesai menjalani hukuman dan dibebaskan pada 3 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh Kerat Lapan, Bekas Banduan Akhir Insaf, Mahu Berbakti

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar