Laman Utama

Shuib Berdebar Nak Akad Nikah Kali Kedua – “Nama Watie Ni Dah Lah Panjang”

Syafiqah Jalal
23/06/2023
08:43 MYT
Sponsor Banner
Shuib Berdebar Nak Akad Nikah Kali Kedua – “Nama Watie Ni Dah Lah Panjang”
Pelawak Shuib, 38, akui berdebar untuk bernikah kali kedua kali ini dengan wanita pilihannya, Watie yang bakal berlangsung pada malam ini.
Menurut Shuib kepada Gempak, apa yang lebih mendebarkan adalah ketika akad nikah kerana perlu menyebut nama penuh Watie iaitu Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, yang dikatakan agak panjang.
“Mestilah berdebar dan tak dapat yang bayangkan bagaimana indahnya nanti momen akad nikah saya bersama keluarga dan anak-anak dan cinta baru ini. Debaran tu tak tahu macam mana saya nak ungkapkan.
“Apa yang lebih mendebarkan juga sebenarnya ketika akad nikah nanti. Nama Watie ni dah lah panjang, nasib baik tak perlu sebut senafas tapi kena sekali jalan sahajakan...
"Apa-apa pun saya harap semua akan berjalan dengan lancar,” kongsinya.
Mengulas lanjut mengenai Watie, Shuib yakin wanita itu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk sama-sama melayari bahtera bersamanya serta empat orang anaknya yang masih kecil.
“Watie ni saya boleh kata dia ada sifat keibuan yang semula jadi. Dia seorang yang boleh sabar melayani kerenah anak-anak saya.
“Ternyata, saya sendiri banyak belajar dengan dia bagaimana boleh bersabar dengan anak-anak ini.
“Insya-Allah saya yakin dia dapat sama-sama menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya,” ujarnya.
Majlis pernikahan Shuib dan Watie bakal diadakan di Shah Alam dan Gempak merupakan media rasmi yang membuat liputan penuh berkenaan pada malam ini.
Majlis itu juga bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.
Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar