Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Shuib Hairan Dengan Sikap Netizen Cepat Menilai - “Belum Tahu Dia Macam Mana Pun Dah Cakap…”

Asyikin Mayudin 24/01/2023 | 08:00 MYT

Pelawak Shuib Sepahtu mengakui dia berasa hairan dengan segelintir netizen yang kurang senang sekiranya dia ingin berkahwin dengan usahawan bernama Watie Hanifiah.

Malah, Shuib memberitahu ada juga segelintir netizen yang terus menilai wanita yang kini sedang rapatnya itu akan menjadi seorang ibu tiri yang garang.

“Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

“Contoh la kalau saya nak kahwin, orang nak buka cerita dia… belum tahu dia macam mana pun dah cakap macam-macam… boleh ke dia ni? Muka garang la, kalau jadi mak tiri garang.

“Saya jadi tak faham… mungkin orang ambil berat fasal saya sebab itu mahu yang terbaik untuk saya tapi bila kitxa nak berumah tangga, kita saja yang tahu, yang kenal pasangan, kita saja. Mungkin orang hanya nampak luaran saja,” kata Shuib kepada Gempak.

Tambah Shuib lagi, dia turut mengakui berasa rimas dan terasa hati apabila menerima pertanyaan mengenai pengganti Allahyarham isterinya, Siti Sarah.

“Sebenarnya ada la juga rasa rimas, kadang-kadang saya jadi sensitif bila orang tanya ‘dah ada pengganti ke?’. Soalan itu agak sensitif buat saya.

“Bukan apa, kalau kita sedih orang tahu… tak tahu la nak cakap orang tak faham ke atau mungkin memang mereka ambil berat kot,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Siti Sarah #Shuib #Sarah #Shuib Sarah #Shuib Watie #Watie #Shuib kahwin #Watie garang
;