Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Shuib Harap Netizen Berhenti Bandingkan Arwah Isteri Dengan Tunang - “Sarah Ada Di Tempat Paling…”

Asyikin Mayudin 09/05/2023 | 23:50 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Shuib memberitahu Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raissuddin sentiasa berada di tempat paling istimewa dalam hidupnya.

Pelawak berusia 39 tahun itu turut berharap netizen di laman sosial untuk berhenti membuat perbandingan antara arwah isterinya dengan tunangnya kini iaitu Watie Hanifiah.

"Sarah ada di tempat paling istimewa dalam hidup saya... Watie pun tahu perkara itu. Jadi, perbandingan itu tidak sepatutnya. Sebab kita kena terima realitinya.

“Dan tidak adil juga untuk dia (Watie). Pada saya, apa salah dia… dia nak ada dengan saya untuk anak-anak, untuk keluarga. Perbandingan itu menyakitkan orang juga,” katanya kepada Gempak.

Shuib ditemui di majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya iaitu Indigital yang berlangsung di Bandar pada malam Selasa.

Mengulas mengenak kecaman netizen terhadapnya, Shuib berkata segala keputusan yang dibuat adalah untuk anak-anaknya.

"Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.

"Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik," ujarnya.

Terdahulu, Gempak secara eksklusif berkongsi berita mengenai Shuib yang telah selamat bertunang dengan usahawan, Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, pada Sabtu.

Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

#Siti Sarah #Shuib #Sarah #Shuib Sarah #Shuib Watie #Watie #Watie Sarah
;