Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Shuib Mandikan Allahyarham Siti Sarah Selama 3 Bulan Setiap Hari

Maliah Surip 10/08/2021 | 03:56 MYT
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad terus mengenang jalinan kasih sayang dan hubungan suami isteri yang dijalani selama 11 tahun bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Salah satu hal yang membuat hatinya berbunga adalah mengenang bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama tiga bulan meninggalkan kenangan termanis buat dirinya.
Menurut pelawak yang juga usahawan tersebut, hal yang paling dikenang mengenai sikap manja arwah isterinya adalah bagaimana dia perlu menguruskan Sarah termasuk memandikannya setiap hari!
"Allahuakhbar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari. Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu.
"Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama. Sabun lain, scrub lain, Allahuakhbar," kenang Shuib sambil tersenyum.
Tambah Shuib dia bersyukur kerana Allah memberi dia kesempatan berkasih sayang dengan Sarah sehingga ke tahap itu sebelum mengambil bidadari syurganya pulang.
"Alhamdulillah, 11 tahun dia dipinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKPK tu 3 bulan kami bersama, lakukan aktiviti semua bersama sama, Allahuakhbar," katanya lagi.
Pengakuannya itu membuatkan rakan rakan artis dan semua yang berada dalam sesi bacaan Yassin melalui aplikasi Zoom malam tadi ikut tersenyum.
Salah seorang sahabat pelawak, Fad Bocey malah ikut berseloroh menjadi tindakan Shuib yang memandikan Sarah setiap hari.
"Nampaknya lepas ini aku kena mandikan isteri pula setiap hari," seloroh Fad.
Aktor Shanaaz Ahmad yang turut berada dalam sesi bacaan Yassin yang disertai oleh lebih 600 tetamu itu turut berseloroh.
"Nampaknya aku sajalah tak ada isteri nak mandikan," katanya disambut tawa Shuib dan yang lain.
Selain berkongsi kenangan memandikan Sarah setiap hari selama tiga bulan, duda yang kini memikul tanggungjawab membesarkan anaknya, termasuk anak keempat yang baru dilahirkan beberapa hari lalu juga mengatakan dia menjadi tukang urut bibadari syurganya itu.
"Kena urut dia sampai dua jam. Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix," katanya sambil tersenyum.
Dalam sesi yang berlangsung lebih sejam itu, rakan rakan seperti Nabil Ahmad, Mark Adam, Zulhuzaimy malah pelumba Hafiz Shahrin turut menyampaikan takziah dan meniupkan kata semangat buat Shuib agar terus kuat demi anak anak dan orang yang memerlukannya.
Terdahulu, Sarah pulang ke Rahmatullah pada pagi Isnin selepas empat hari bertarung di unit rawatan rapi (ICU) kerana jangkitan COVID 19. Pemergiaannya meninggalkan banyak kesan manis dan positif bukan sahaja dalam kalangan rakan industri, tetapi juga masyarakat Malaysia.
Instagram: @shuibsepahtu, @sitisarahraissuddin
#Penyanyi #Siti Sarah #Meninggal Dunia #Shuib #Urut #Mandi #PKP
;