Hiburan
Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Puasa sunat
Menganggap apa yang berlaku ujian dalam kehidupan, Shuib turut berkongsi perbualannya dengan Watie yang sanggup berpuasa sebab ingin mendoakan segala urusan dipermudah.
“Alhamdulillah ada peneman hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan, tapi pastinya ianya satu pelajaran dan juga ujian dalam kehidupan.
“Hari ini mummy puasa sunat katanya, bila ditanya ‘eh kenapa puasa sunat? Diet ke?’. Mummy jawab ‘Taklah, puasa sunat, nak minta kat Allah semoga dipermudahkan urusan Suami I hari ni’.
“Terima kasih selalu ada dengan daddy! I love You,” tulis Shuib.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib & Pengarah Bubblebee Didakwa 6 Pertuduhan
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”
Turut didakwa didakwa atas pertuduhan sama adalah adalah syarikatnya, Bubblebee Sdn. Bhd. (Bubblebee) dan pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33.
Bagaimanapun, kesemuanya selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.