Drama

Shukri Yahaya Kongsi Maksud Nama Eshaal, Minta Penonton Jangan Marah Lama-Lama

Umirah Halim
05/02/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Shukri Yahaya Kongsi Maksud Nama Eshaal, Minta Penonton Jangan Marah Lama-Lama
Berjaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton menerusi lakonannya dalam naskhah fenomena arahan Eyra Rahman, Curang Tanpa Niat, pelakon Shukri Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu membenci karakter yang dibawa iaitu Eshaal.

Eshaal maksud bunga syurga

Kata Shukri, 37, nama watak Eshaal itu memberi makna yang baik.
Malah, Shukri turut berkongsi tangkap layar carian di Google yang memaparkan maksud nama Eshaal iaitu bunga syurga.

“Jangan marah Eshaal lama-lama okey,” tulisnya.

Sebelum ini, episod 25 drama Curang Tanpa Niat meninggalkan kesan mendalam kepada penonton disebabkan babak anak sulung Elina (lakonan Mira Filzah) iaitu Abang Azriel meninggal dunia.
Pemergian Azriel yang tidak dijangka bukan sahaja mengundang air mata, malah mencetuskan kemarahan terhadap watak bapanya iaitu Eshaal (Shukri Yahaya) yang dianggap sebagai punca tragedi itu.
Dalam episod yang menyayat hati, Azriel menjadi mangsa kepada konflik dalaman dan keputusan buruk yang dibuat oleh Eshaal.
Penonton yang mengikuti perjalanan hidup keluarga ini tidak dapat menahan rasa kecewa terhadap tindakan Eshaal yang dianggap mementingkan diri sendiri, sehingga meragut kebahagiaan anaknya sendiri.
Curang Tanpa Niat turut dibarisi pelakon hebat Mira Filzah yang menjayakan karakter Elina, Sharifah Sakinah (Astrid) dan Fadlan Hazim (Ashraff).

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Azriel Bantu Elina Kena Serangan Panik Raih Perhatian, Penonton Puji Lakonan Qaiszerr Eshan - “Pandainya Adik Ini Berlakon”

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Kongsi Video BTS Astrid Kena ‘Ganyang’ Dengan Elina - “Tiada Kekasaran Sebenar Berlaku, Semua Babak Dibuat…”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Geng Suri Rumah’ Tak Senang Duduk Tengok Eshaal, Beri Sokongan Pada Elina - “Don’t Play-Play With Us”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024