Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Siap Letak Secret Code” – Akaun Tiktok Siti Nurhaliza Kena Hacked?

Gempak 11/07/2023 | 05:50 MYT

Semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti memuat naik satu hantaran di akaun Tiktoknya yang memaparkan audio suara miliknya dengan nama Aafiyah serta beberapa kod dan nombor pelik.

Rata-rata netizen meneka kemungkinan Tokti sedang memberi hint untuk lagu ataupun teaser terbarunya.

“Dia letak secret code”

“Someone please break the code”

“Art berat jugak ni”

Namun ternyata tekaan netizen jauh meleset. Tokti kemudian menjelaskan bahawa anaknya, Aafiyah telah menggunakan akaun Tiktok miliknya dan memuat naik hantaran tersebut.

“Aduiii... Aafiyah la punya kerja niii” Ujar Tokti.

Insiden itu mendapat reaksi lucu dari netizen sehinggakan ada yang memberi komen supaya Aafiyah dijadikan admin akaun Tiktok ibunya.

“Pandai dah Aafiyah kacau Tiktok ibu dia”

“Vote for Aafiyah jadi admin acc Tiktok Siti”
“Aafiyah banyak tengok Filem Sherlock Holmes ni. Comel lahai”
Tidak kurang juga ada netizen yang memuji Aafiyah sebagai seorang anak yang bijak dan comel.

#Siti Nurhaliza #Aafiyah #TikTok #Tokti #Anak Siti
;