Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Siapa Lagi Nak Kena Maki, Aku Block, Libass!” - Fara Mendoza Berang Netizen Kritik Gambar Seksi, Tayang Payu Dara!

Hanafis Haris 24/03/2021 | 11:50 MYT

Pelakon kontroversi yang kini bergelar selebiriti media sosial, Fara Mendoza sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen.

Kali ini, Fara dikecam selepas memuat naik gambar dirinya yang berpakaian seksi hingga menampakkan sebahagian payudaranya.

Rata-rata netizen dilihat tidak begitu senang dengan penampilan Fara yang hanya berpakaian baju tidur wanita.

Kebanyakan mereka menganggap ia agak melampaui batas dan mengundang dosa.

“Maaf tanya awak tak malu ke?"

“Semoga Allah ampunkan semua dosa kita. Aurat terbuka jadi tatapan orang. Takut dengan azab Allah.”

“Tunjuk sana sini nampak lagi murahan ade la, lepas tu marah nak ugut block followers” tulis beberapa netizen.

Susulan daripada itu, Fara dilihat turut membalas komen-komen netizen yang mengecamnya.

“Siapa lagi nak kena maki then aku block, terus kau. Sila lah komen negatif” katanya.

Pada masa sama, menerusi pemantauan Gempak, Fara telah pun menutup ruang komen di posting berkenaan.

Difahamkan juga, gambar berkenaan dimuat naik sebagai mempromosikan sebuah produk serum kecantikan.

#Viral #Kontroversi #Seksi #Fara Mendoza
;