Siapa Nak Kerja Dekat Hotel Ini? Ha, Kena Datang Interview Pakai Baju Tema Gatsby... Uniknya!
Masih ingatkah anda dengan permainan Monopoly?
Pastinya anda pernah bermain dengan Monopoly sewaktu anda kecil dahulu, malah ramai juga orang dewasa yang bermain permainan ini untuk menghabiskan masa dengan teman-teman dan keluarga.
Kini, permainan itu bakal dijelmakan dalam bentuk hotel yang diberi nama Hotel Monopoly Mansion by Sirocco yang terletak di Bukit Bintang.
Biarpun belum dibuka, hotel ini telah mencetuskan sensasi tersendiri.
Kini dalam fasa untuk menemuduga pekerja, Hotel Monopoly Mansion by Sirocco tampil dengan cara unik dan berbeza.
Selalunya, sesi temuduga yang diadakan untuk mengambil pekerja memerlukan calon untuk menyarungkan pakaian formal.
Menariknya, hotel ini mengadakan sesi temuduga mereka dengan cara tersendiri... Lupakan gaya formal kerana hotel ini menetapkan tema ‘gatsby’ iaitu gaya barat popular yang wujud pada era 1920-an.
Menurut laporan Harian Metro, ramai calon yang hadir ke sesi temuduga dengan mengikut tema yang ditetapkan.
Malah, ada juga yang gigih sehingga meminjam pakaian serta aksesori daripada rakan terdekat untuk merealisasikan gaya gatsby!
Temuduga terbabit menawarkan pelbagai jawatan, seperti pegawai jualan dan pemasaran, makanan dan minuman, kejuruteraan, sumber manusia, kawalan dan keselamatan, kewangan, eksekutif pejabat dan housekeeping.
Personaliti media sosial yang terkenal dengan tagline 'bukan biashe biashe', Ron Kamisan turut mempromosikan peluang temuduga ini di laman Instagram miliknya.
Bakal dibuka dalam masa terdekat, Hotel Monopoly Mansion by Sirocco merupakan hotel pertama di dunia yang menampilkan tema permainan antarabangsa Monopoly.
Kepada anda yang mahu bekerja di sini, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi temuduga!