Hiburan
Siapa Pelakon Perempuan Yang Kena Cekup Serbuan Parti Liar Tu?
Terkejut Miss K baca berita pagi tadi mengenai seorang pelakon wanita berusia 40-an yang menjadi antara 19 individu ditahan dalam serbuan parti liar 12.30 tengah malam semalam.
Mereka ditahan di sebuah kondominium mewah yang terletak di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.
Pelbagai andaian yang berlegar... Siapa yang kena tangkap tu? Parti liar yang bagaimana?
Terkedu Miss K tau... Ramai juga rakan-rakan yang mesej dan DM Miss K, tanya siapa gerangan individu yang dimaksudkan.
Miss K pun tak tahu siapa... Dengar cerita, yang ditahan adalah 11 lelaki dan lapan wanita tempatan berusia antara 21 hingga lewat 40-an dalam kediaman di tingkat lapan kondominium.
Apa yang mengejutkan Miss K, dalam serbuan sama, turut ditemui empat paket plastik berwarna hitam disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.
Emmm... Bagi Miss K, berita ini harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak, terutamanya selebriti. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Hindarkan diri dengan semua aktiviti yang tidak mendatangkan hasil... Kalau tertangkap, kan dah malu dan kantoi!
Miss K: Suka parti buih dalam bilik mandi sendiri je... Mandi seorang diri pakai buih sabun... Hihihi...