Berita

Siapa Pula Yang Hendap Sherry Alhadad?

Syafiqah Jalal
22/07/2020
13:46 MYT
Sponsor Banner
Siapa Pula Yang Hendap Sherry Alhadad?
Pelakon Sherry Alhadad akui takut selepas menyedari ada seseorang menghendapnya selepas selesai mengacara program Meletop semalam.
Dek kerana terlalu bimbang, Sherry meminta Nabil Ahamad dan kru menemaninya pulang hingga ke kereta.
“Aku perasan macam orang hendap aku tadi sebab tu aku minta kau teman,” kata Sherry kepada Nabil.
Dialog itu diungkap dalam video yang dimuat naik dalam akaun Instagram Meletop semalam.
Sementara itu, Sherry juga turut mendedahkan dirinya dihendap ketika siaran langsung Meletop berlangsung.
Pun begitu, Sherry tidak menjelaskan lebih lanjut apakah situasi sebenar.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar