Laman Utama
“Siapa Sangka Profesion Tak Masuk Akal Dulu Boleh Diiktiraf" - Dr Say Salute Impak GMWA2022!
Doktor selebriti, Dr Say akui tak pernah membayangkan menjadi seorang pempengaruh, pencipta kandungan (content creator) atau pemain digital (gamers) boleh diangkat dan diberi pengiktirafan seperti dalam Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) pada Ahad lalu.
Kata Dr Say, melihat kejayaan semua yang diangkat dalam anugerah berprestij itu, telah membuatnya membuka mata dan bersemangat untuk mencipta kandungannya sendiri.
“Satu yang saya pelajari from being a guest for @astrogempak Most Wanted Award malam ni adalah siapa sangka profession yang tak masuk akal yang mak ayah saya persoalkan once upon a time macam content creator, influencer, digital motivator, gamer is now a legit profession yang boleh memberikan pengiktirafan dan pulangan lumayan.
“Mind blowing sungguh. Buat saya rasa lebih bersemangat untuk explore dunia digital ni.
“Dulu ingat yang berbakat saja boleh ceburi dunia hiburan ni. Ada bakat berlakon baru boleh jadi pelakon. Ada bakat menyanyi baru boleh jadi penyanyi. Ada bakat menari baru boleh jadi penari.
“But the world now has shown us that just being yourself can get you far cuma apa yang diperlukan adalah consistency, hard work and determination sebab saya tengok pemenang-pemenang tadi mostly bermula dari bawah,” katanya.
Pengacara My Doctors itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto sewaktu berada di GMWA2022 pada Ahad.
Meskipun bangga dengan kerjaya sebagai content creators dan sebagainya, Dr Say menegaskan pelajaran juga penting sebagai asas untuk berada dalam apa jua bidang.
“In a nutshell, dalam apa jua anda lakukan please education comes first lepas tu teruskan usaha being what u wanna be be it influencer, content creator, motivator, gamer, youtuber, tiktoker because you can achieve tremendous possibilities doing what u do best.
“Serius mind blowing dunia sekarang ni uiii,” ujarnya.
GMWA2022 telah mengangkat usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad sebagai pemenang utama Gempak Most Wanted tahun ini.