Laman Utama
"Siapa Saya Nak Hubungi Kalau Kena Panic Attack?" - 4 Bulan Pisah Dengan Camilla Cabello, Shawn Mendez Baru Terasa Lonely
Nampaknya, penyanyi Shawn Mendes masih lagi dalam proses mengubati luka di hati selepas berpisah dengan bekas kekasih, Camila Cabello pada November tahun lalu.
“Saya rasa baru sedar tentang realiti. Ia seperti, ‘Oh saya seorang diri sekarang’,” ungkap penyanyi berusia 23 tahun itu menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini.
“Sekarang baru saya terasa yang saya betul-betul seorang diri, dan saya tak suka perasaan itu. Inilah realiti saya,” katanya lagi.
Shawn yang duduk dan bercakap secara kandid di hadapan kamera menambah yang dia tidak menjangkakan sebarang perkara kurang senang datang selepas berpisah dengan bekas kekasihnya.
“Siapa yang saya nak hubungi kalau saya terkena serangan panik? Siapa yang saya nak hubungi kalau saya dalam keadaan yang tidak elok?” tuturnya.
Shawn dan Camilla yang pada awalnya dikatakan mula menjalinkan hubungan pada Julai 2019 mengakui telah berpisah menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram masing-masing.
Menurut Shawn dan Camilla, sungguhpun mereka berdua memutuskan hubungan yang terbina, namun hubungan mereka sebagai dua sahabat masih kukuh.
“Kami memulakan hubungan sebagai sahabat dan kami akan teruskan bersahabat. Kami sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua pada awal dan masa akan datang,” ujar mereka.