Hiburan

Siasatan Bakal Berakhir, Polis Mohon Waran Tangkap Terhadap Seungri

Mya Amri
30/04/2019
09:02 MYT
Sponsor Banner
Siasatan Bakal Berakhir, Polis Mohon Waran Tangkap Terhadap Seungri
Polis Daerah Seoul akan memohon waran tangkap terhadap anggota kumpulan BIGBANG, Seungri minggu ini.
Menurut Pengarah Polis Daerah Seoul, Won Kyung Hwan, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap 23 suspek terlibat dalam penggunaan dadah, serangan seksual atau mengedar video yang tidak sah.
"Siasatan terhadap Seungri bakal berakhir tidak lama lagi. Kami akan cuba untuk menyelesaikan siasaan terhadap Seungri dan Mr. Yu pada minggu ini," katanya.
Terdahulu, Seungri disahkan terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk beberapa golongan ternama sejak awal tahun ini.
Penyiasatan telah dilakukan terhadap Seungi dan kelab malam Burning Sun sudah berlangsung hampir tiga bulan.
Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada 2015.
Selain itu, Seungri juga terlibat mengatur beberapa aktiviti berkaitan yang pernah dihoskannya di Filipina pada Disember 2017.
Seungri dikatakan bertindak sebagai pengawai ekskutif di mana penyanyi itu didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang mudah alih, KakaoTalk dengan rakan-rakannya.
Sumber: Soompi, Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar