Berita
“Sia-Sia Sahaja Awak Masuk Universiti & Lepas Itu Ke Tali Gantung” - Tengku Ampuan Pahang
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah kepada pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) supayamengambil iktibar daripada kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tujuh tahun lalu.
Menerusi video tersebut, baginda menasihati para pelajar baharu yang memasuki universiti untuk berkelakuan baik antara satu sama lain dan mengelakkan diri daripada mengakhiri kehidupan dengan hukuman gantung.
Baginda turut berpesan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan sentiasa berbaik dengan semua orang seperti adik-beradik demi kebaikan bersama.
“Saya ingin menasihat kepada semua pelajar baharu, baru-baru ini anda telah membaca dalam surat khabar mengenai kejadian di UPNM tujuh tahun lalu. Saya harap kita mengambil iktibar daripada kejadian tersebut kerana sia-sia sahaja awak masuk universiti dan lepas itu ke tali gantung.
“Jadi saya harap semua jangan lakukan begitu ya. Anggap semua orang sebagai adik-beradik dan saya sebagai seorang ibu. Saya menasihati kalian semua untuk kebaikan,” titah baginda.
BERITA TRENDING: Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM
BERITA TRENDING: SUHAKAM Bantah Hukuman Gantung Sampai Mati 6 Pembunuh Arwah Zulfarhan, Anggap Bukan Penyelesaian Adil
BERITA TRENDING: "Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara
BERITA TRENDING: "Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan
Tunku Azizah menitahkan nasihat tersebut kepada 5,066 pelajar baharu Pusat Asasi UIAM dalam Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang baru-baru ini.
Di kesempatan itu, Tunku Azizah yang juga merupakan Ketua Perlembagaan UIAM turut menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendaftar.