Laman Utama
Sibuk Sangat Sampai Tak Sempat Tempah Baju Kahwin? Bulan Bintang Pun Ada Busana Nikah RTW Untuk Raja Sehari!
Musim cuti persekolahan menjelang tiba, pastinya ramai bakal pasangan raja sehari merancang untuk meraikan hari bahagia bersama pasangan masing-masing.
Hal yang paling utama semestinya busana yang ingin dipakai untuk majlis tersebut, baik nikah, bersanding mahupun bertandang.
Ada banyak pilihan jenama pakaian baju perkahwinan di pasaran, namun bagi yang mungkin tak sempat untuk mencari busana, jenama viral Bulan Bintang menyediakan rangkaian ready-to-wear buat bakal mempelai.
Kata pemilik Bulan Bintang, Azzim Zahid, buat pertama kalinya jenama popular itu menampilkan 20 koleksi nikah ready-to-wear yang boleh dipadankan dengan 13 pilihan warna baju Melayu jenis fabrik duchess.
"Kami ingin semua pelanggan memiliki busana nikah Bulan Bintang pada harga yang berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas dari pereka fesyen terkemuka.
"Rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik menerima sambutan baik dari bakal mempelai.
"Ini kerana kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif memberi pengguna kepuasan dalam memilih jenis rekaan yang diminati," ujarnya.
Sempena pelancaran koleksi nikah ini, Bulan Bintang sekali lagi tular dengan peraduan giveaway di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal bernikah.
Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost.
"Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi. Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian dari hari bersejarah setiap bakal pengantin," tambah Azzim.
Tahun lalu, jenama Bulan Bintang tular di media sosial termasuk aplikasi Twitter apabila menjadi jenama pakaian lokal pertama memaparkan video animasi 3D Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya, duta jenama Bulan Bintang di papan iklan berhadapan menara KLCC.