Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Sikap Toksik Berleluasa Dalam Bidang Pekerjaan, Warganet Kongsi Cara Tangani Isu Di Tempat Kerja

Gempak 29/11/2023 | 06:55 MYT

Tempat kerja sememangnya dipenuhi dengan pelbagai karenah manusia dan tanpa sedar, ia boleh mempengaruhi minda seseorang pekerja sama ada ke arah positif ataupun negatif di mana ia ditentukan dengan cara pergaulan antara rakan sekerja.

Bagaimanapun, ketika ini banyak tempat kerja didominasi dengan sikap segelintir pihak yang toksik dan merosakkan pengalaman bekerja untuk individu lain.

BERITA TRENDING: Meninggal Dunia Kejar KPI, Ini Solusi Atasi Masalah Burnout Di Tempat Kerja!

Menerusi ruangan komen Gempak di Facebook berkaitan isu berkenaan, majoriti warganet berkongsi cara bagaimana mereka menangani sikap pekerja toksik di tempat kerja.

Antara komen yang diterima:

“Tak perlu berurusan, simple. Jika perlu berurusan cakap dua, tiga patah untuk sampaikan maksud tu je,”

“Senang je. Hadkan percakapan. Limitkan pergaulan. Jauhkan diri dari berdepan untuk elakkan perbalahan,”

“Terapkan ketenangan minda, orang macam tu tak payah ada ruang pun dalam fikiran.”

Melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan, kebanyakkannya menasihatkan supaya menjauhkan diri daripada individu sedemikian dan fokus terhadap apa yang perlu dikerjakan.

Alam pekerjaan sememangnya tidak mudah tetapi segala cabaran perlu dihadapi demi melangsungkan kelangsungan hidup.

#Viral #Kerja #Pejabat #Toksik #Rakan Sekerja
;