Viral
"Si*l" - Syafiqah Aina Carut Siapa?
Usahawan dan pempengaruh terkenal Syafiqah Aina mencuri perhatian ramai apabila menghamburkan kata-kata kasar di platform media sosialnya baru-baru ini.
Dalam hantaran di platform media sosialnya, Aina dilihat seakan-akan tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan segelintir individu yang bersikap prejudis dan mendiskriminasi golongan wanita.
"Si*l," demikian ringkas kata-kata Aina terhadap golongan warganet yang mengecam wanita muda yang mengalami masalah kulit muka yang teruk.
Aina yang baru melancarkan kempen Bebas J (yang merujuk kepada jerawat) berganding dengan pempengaruh popular Nursyamimi Nawawi melancarkan manifesto untuk mengubah masa depan wanita-wanita muda ini.
Kata Aina, menjadi tanggungjawabnya untuk mendengar dan menyelamatkan wanita yang dicemuh hanya kerana tidak berpenampilan menarik.
"Jerawat tu tak menyakitkan, tapi kata kata orang yang menyakitkan. Saya akan “bebasJ” kan mereka. Dengan izin Allah. Saya akan gunakan pengalaman yang ada untuk membantu," tambah Aina yang pernah berdepan situasi sama sebelum ini.
Aina juga terpanggil untuk menjadi penyokong dan pendorong kepada perjalanan transformasi 14 orang wanita terpilih untuk menyertai kempen Bebas J.
Kesemua wanita berusia antara 18 hingga 25 tahun yang dipilih mengalami masalah kulit muka dan kisah duka kehidupan yang lebih kurang sama.
"Ada di antara mereka yang pernah dipecat kerana wajah yang berjerawat, menerima kecaman di media sosial, terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan dengan tohmahan, disamakan dengan jalan tar, dan macam-macam lagi cerita yang meruntun jiwa.
"Apabila ditanya dengan lebih mendalam, antara punca kenapa mereka mengalami masalah 'breakout' yang teruk di usia muda adalah kerana terpengaruh dengan janji palsu produk merkuri dan penggunaan bahan aktif yang berlebihan sehingga merosak lapisan kulit.
"Saya mengambil cabaran ini sebagai tanggungjawab besar kerana tiada mana-mana jenama lokal di pasaran yang berani untuk melabur dari segi wang, tenaga kerja dan masa semata-mata untuk mengubah nasib wanita-wanita di luar sana," ujarnya.
Program ini akan berjalan selama 3 bulan. Pemenang utama dengan transformasi yang paling berjaya akan memenangi wang tunai berjumlah RM5,000.