Viral
"Simbah Air Mineral & Tanggal Jaket Atas Pentas" - Penuntut Universiti Kecam Aksi As'ad Motawh, Dianggap Biadap!
Aksi penyanyi muda As'ad Motawh yang dijemput hadir untuk membuat persembahan di sebuah institut pengajian tinggi baru-baru ini mendapat respons negatif daripada segelintir penuntut universiti itu.
Menerusi perkongsian di Facebook yang telah tular sejak tiga hari lalu, pengguna yang dikenali sebagai Lau Kai Xian menyifatkan aksi As'ad kurang sopan dan tidak wajar.
Tulis Kai Xian, selain menyanyikan lagu Closer (Chainsmoker) dengan sumbang, penyanyi itu melakukan beberapa perbuatan tidak wajar di pentas yang dipandang tinggi oleh penuntut universiti berkenaan.
"Jangan pilih lagi lagu seperti Closer (Chainsmoker) kerana kedengaran seperti membaca. Pilihlah lagu lain untuk membuktikan anda boleh menyanyi.
"Walaupun anda dibayar untuk menyanyi pada Malam Variasiswa, tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja di pentas.
"Tergamak anda mengambil sebotol air mineral dan menyimbah di sekeliling pentas? Anda rasa ia seksi?
"Kemudian, anda membuka jaket ketika menyanyi, menari ala-ala 'moon walk', kemudian memaklumkan anda demam? Taktik ini hanya berkesan kepada audiens naif sahaja," tulis pengguna itu menerusi status di Facebook.
Tambah Kai Xian, majlis itu dihadiri oleh individu kenamaan universiti terbabit dan tindakan sedemikian dianggap melanggar protokol.
"Anda terlalu muda untuk menjadi artis tanpa pakej lengkap.
"Bahasa Inggeris anda biasa-biasa tapi cuba bercakap dengan aksen luar bagi membuktikan diri anda bertaraf antarabangsa.
"Ini Malaysia! Jangan meniru Justin Bieber atau artis luar negara.
"Nasihat saya, jangan jadi artis buat masa sekarang. Sambung belajar dahulu, belajar menjadi dewasa. Malaysia perlukan belia yang berinspirasi bukan Dora The Explorer," tambahnya.
Status yang tular itu telah dikongsikan oleh lebih 300 pengguna dan mendapat pelbagai komen negatif netizen.