Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Simpan Duit Pun Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai? Ini Caranya!

Amri Hassan 27/12/2022 | 09:24 MYT

Sambil menyelam minum air! Orang kata tak salah kalau nak untung berganda-ganda, misalnya dapat pelepasan taksiran cukai tapi pada masa sama boleh menyimpan duit. Eh macam mana tu?

Biasanya tempoh hujung tahun kebanyakan individu mula mencari jalan bagi memastikan mereka layak mendapat pelepasan taksiran cukai yang paling maksimum.
Tapi korang tahu tak ada cara lebih optimum, mudah dan berbaloi untuk mendapat kelebihan itu; melalui Simpan SSPN!
Kalau nak tahu, Simpan SSPN ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun! Banyak tu!
Siapa yang layak?

  1. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

  2. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.

Selain pelepasan taksiran cukai, pendeposit Simpan SSPN juga akan menikmati manfaat seperti perlindungan takaful sehingga RM1.2 Juta, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, simpanan dijamin kerajaan, dividen kompetitif, simpanan patuh syariah dan banyak lagi.
Usaha demi usaha diteruskan oleh PTPTN bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak mereka.
Dengan memperkenalkan Simpan SSPN, PTPTN telah membuka ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk memulakan penabungan khususnya bagi tujuan pendidikan dan memupuk amalan menabung dari awal usia anak-anak.

A post shared by PTPTN (@ptptnofficial)

Apa itu Kempen Cabutan WOW!

Korang juga perlu tahu, PTPTN ada program signature tahunan iaitu Kempen Cabutan WOW! yang menawarkan hadiah lumayan setiap tahun!

Cabutan hadiah ini sememangnya dinanti- nanti oleh para pendeposit Simpan SSPN.
Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime.
Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN.
Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.
Hadiah yang ditawarkan juga cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM1 Juta menanti 350 orang pemenang.

A post shared by PTPTN (@ptptnofficial)

Hadiah kereta Mercedes-Benz!

Terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri. Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak berupa kereta Mercedes-Benz C200 Avantgarde.

Hadiah kedua berupa wang tunai RM100,000. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM50,000.
Manakala hadiah saguhati berupa motosikal Honda RS150R menanti 22 pemenang. Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan berupa wang tunai RM250,000 menanti 250 pemenang.
Manakala hadiah Cabutan Siri pula berupa wang tunai hampir RM200,000 menanti 75 pemenang. Tempoh promosi bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
Jadi, kepada ibu bapa di luar sana yang masih tercari-cari pakej simpanan yang terbaik, teruskan menyimpan, bukalah akaun dengan Simpan SSPN.
Pembukaan akaun boleh dibuat hanya di hujung jari anda dengan mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi myPTPTN atau klik disini!
Maklumat lanjut di www.ptptn.gov.my

#Advertorial #PTPTN #SSPN
;