Gaya Hidup

Simptom Microsleep! Elak Pandu Kereta Antara Jam  2 hingga 4 petang dan...

Hanafis Haris
30/05/2019
09:38 MYT
Sponsor Banner
Simptom Microsleep! Elak Pandu Kereta Antara Jam  2 hingga 4 petang dan...
Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Maka ramailah yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman.
Namun persoalannya waktu apakah yang paling sesuai untuk anda pulang memandu kenderaan?
Menurut Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof. Madya Dr. Louis Adaikalam, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memandu pada waktu di antara pukul 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.
Oleh itu, anda disarankan supaya memandu di luar tempoh berkenaan.
Menurut Louis, tempoh tersebut merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.
“Ini adalah dapatan kajian di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja.
"Pada waktu tersebut memang kita akan rasa mahu tidur, jadi pada mereka yang mahu memandu terutama untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini, sebaiknya waktu tersebut mereka kena elakkan,” katanya menerusi Utusan Malaysia.
Jelas Louis lagi, antara faktor kemalangan jalan raya disebabkan tindak balas lambat serta ‘microsleep’ yang berlaku kepada pemandu berpunca daripada tidak mendapatkan tidur yang berkualiti serta konsisten.
"Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
"Lazimnya potensi menjadi mangsa ‘microsleep’ apabila memandu jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor waktu pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu," katanya.
Jadi buat anda yang akan memandu lama nanti, ikuti nasihat dan panduan ini!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar