Laman Utama
Sindir Pub Holywings, Kedai Beri Bakso Percuma Pada Muhammad & Maryam
Pub Holywings di Indonesia baru baru ini mencetuskan kontroversi apabila melakukan promosi dengan menawarkan alkohol percuma kepada pemilik nama Muhammad dan Maria.
Tindakan tersebut dianggap sebagai biadab kerana Muhammad diketahui merujuk kepada umat Islam manakala Maria pula adalah nama bagi penganut Katolik. Ia disifatkan menghina agama.
Natijahnya, pihak berkuasa Indonesia melucutkan permit perniagaan pub dan restoran tersebut di seluruh Indonesia. Detik.com melaporkan sebanyak 36 daripada 38 cawangan Holywings telah ditutup.
Seperti menyindir sikap biadab Holywings, sebuah kedai makan dengan cara tersendiri melakukan promosi percuma.
Sebuah kedai makan yang dikenali dengan nama Bakso 55 Prasmanan diketahui melakukan promosi khas dengan memberikan semangkuk bakso percuma kepada individu dengan nama Muhammad dan Maryam.
Tidak hanya individu bernama Muhammad dan Maryam atau Maria, kedai tersebut mengizinkan pemilik nama Ahmad, Aisyah dan Fatimah yang merupakan beberapa nama tokoh dalam Islam mendapatkan semangkuk bakso percuma.
Menerusi poster, promosi itu disebutkan tidak menawarkan bakso percuma tetapi juga termasuk dimsum dan steak.
Promosi tersebut akan dilakukan pada 1 Julai 2022 bersamaan dengan hari Jumaat. Individu dengan nama sedemikian cukup menunjukkan identiti di kad pengenalan sebelum makan.
Semuanya dilakukan demi menjaga nama dan maruah agama.
Kredit Foto: Detik.com & Tempo