HIBURAN
Single Cerita Kita Tiada Kaitan, Nazim Othman Doakan Kebahagiaan Bella Dally
Pelakon Nazim Othman menyatakan single terbaru, Cerita Kita tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau majlis yang berlangsung.
Menurut Nazim, pelancaran single diadakan pada hari tersebut disebabkan kekosongan tempat serta mengikut jadual kerjanya.
"Sebenarnya lagu ini tiada kaitan pun sebabnya lagu ini sudah lama siap sebelum kami berpisah lagi.
"Jadual saya sangat padat. Saya memang inginkan lokasi ini, kebetulan hanya hari ini sahaja yang kosong (1 April) iaitu sehari selepas perkahwinan Bella," katanya kepada HLive.
Tambah Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman mendoakan kebahagiaan bekas isterinya, Bella Dally bersama Arif Izuddin.
"Saya mengambil pendekatan untuk tidak 'wish' di sosial media.
"Tetapi itulah apabila perkara itu tidak berlaku, tidak bermaksud saya tidak peduli atau marah. Sama sekali tidak.
"Saya beritahu kepada dia saya bahagia untuk dia, semoga kekal hingga ke Jannah.
"Dengan Arif dan keluarga pun saya ucapkan perkara yang sama. Saya ikhlaskan mendoakan untuk mereka berdua.
"Kami berdua sudah menerima perpisahan ini secara terbuka," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video