Berita

Sirul Mungkin Kena Penjara Seumur Hidup Jika Pulang Ke Malaysia

Elrafaei Sapi
08/06/2018
09:17 MYT
Sponsor Banner
Sirul Mungkin Kena Penjara Seumur Hidup Jika Pulang Ke Malaysia
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar yang disabitkan kes pembunuhan berprofil tinggi, Altantuya Shaariibuu mungkin ditukar hukuman kepada penjara seumur hidup jika pulang ke tanah air.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) menyatakan tindakan hukuman itu dibuat kerana undang-undang Australia sebelum ini menetapkan pesalah jenayah yang berdepan hukuman mati tidak dibenarkan keluar dari negara itu.
“Kita mungkin akan batalkan hukuman gantung sampai mati tapi digantikan dengan hukuman penjara supaya beliau boleh kembali ke tanah air,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Dalam pada itu, Tun M menafikan laporan media, The Guardian mengenai Malaysia sudah membuat permohonan ekstradisi terhadap Sirul.
Tun M menyatakan Malaysia tidak memohon untuk ekstradisi Sirul.
Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membuka semula kertas siasatan kes berkenaan.
Kes pembunuhan wanita Mongolia itu pernah menggemparkan negara dan menarik perhatian ramai selepas dia dibunuh kejam dengan menggunakan bahan letupan C4 di Shah Alam pada tahun 2006.
Teks oleh: Elrafaei Sapi Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar