Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sis Next Time Pakai Mask Ye” - Bimbang Kes COVID-19 Naik Kembali, Netizen Tegur Adira Supaya Pakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

Izwan Isa 04/08/2022 | 02:50 MYT

Sekitar awal Julai lalu, penampilan terkini penyanyi Adira Suhaimi menjadi sorotan netizen apabila dia didakwa hamil anak keempat.

Hal ini kerana, penyanyi lagu Ombak Rindu itu dilihat mengalami perubahan bentuk badan selain turut kelihatan ‘baby bump’ pada bahagian perutnya.
Sungguhpun Adira tidak mengesah atau menidakkan dakwaan berkenaan, namun, ramai antara pengikutnya yang gembira melihat perubahan berkenaan.
Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram, Adira dilihat sedang memilih barangan mentah seperti sayuran, udang dan juga beberapa makanan kering di sebuah kedai.

A post shared by ???ℝ? ??ℍ???? (@adira.suhaimi)

Begitupun, Adira dilihat tidak mengenakan pelitup muka sepanjang merakamkan video berkenaan.
Justeru, menerusi ruangan komen, seorang pengikut memberikan nasihat kepada Adira supaya lebih peka terhadap keselamatan dan sentiasa memakai pelitup muka.
“Sis next time pakai mask ye, risiko untuk orang mengandung… Lagi-lagi tempat banyak orang, lagi COVID-19 sekarang sudah tinggi balik,” pesan peminatnya.
Adira kemudian membalas teguran pengikutnya itu dengan respons yang positif.
“Thank you adik atas ingatan. Dokan yang baik-baik tau,” tulis Adira.
Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.

#Adira Suhaimi #COVID-19 #Pelitup Muka
;