Laman Utama

Sissy Imann Faham Perasaan Azharina - “Segala Yang Berlaku Atas Pentas Bukanlah Semberono…”

Asyikin Mayudin
09/10/2023
23:53 MYT
Sponsor Banner
Sissy Imann Faham Perasaan Azharina - “Segala Yang Berlaku Atas Pentas Bukanlah Semberono…”
Penyanyi Sissy Imann memberitahu dia memahami perasaan peserta All Stars Gegar Vaganza iaitu Azharina yang menangis apabila memohon maaf kepada guru-gurunya selepas membuat persembahan di minggu ketiga.
Menurut Sissy, tangisan itu bukan disebabkan komen juri terhadap persembahan di atas pentas namun ia lebih kepada rasa sedih disebabkan sudah mengecewakan guru yang bersusah payah membantu.
“Saya tak tahu apa yang terjadi sebenarnya di GV tapi ternampak video tadi. Bila kak Nina menangis, saya memahami dia. Inilah yang orang tak tahu sebenarnya.
“Tak semua orang faham bila kita nampak sedih selepas buat persembahan bukan hanya apa yang dikomen, tapi sebab rasa sedih dah kecewakan guru-guru kita yang kadang bersengkang mata bantu kita supaya kita tampilkan yang sehabis baik.
“Kita jadi hiba atas kekhilafan diri kita di atas pentas. Tapi adakah ia membuatkan dia lemah? Tidak sekali,” kata Sissy Imann.
Menganggap pendapat juri juga perlu dihormati, Sissy berkata sebagai seorang penghibur sudah tentu mahukan yang terbaik dalam setiap persembahan terutama ketika bertanding dalam sebuah program seperti itu.
“Pastinya pendapat juri perlu dihormati, tetapi segala yang berlaku di atas pentas bukanlah semberono. Sebagai performer, setiap tindakan kita di atas pentas lagi-lagi bila melibatkan pertandingan seperti ini, pastinya datang dengan prep work yang teliti.
“Apa yang kita tahu, muzik adalah sangat subjektif. Interpretasi setiap performer adalah berbeza. Pendapat orang yang mendengar juga berbeza-beza.
“Saya sudah pasti yang anda sudah melakukan yang terbaik kak Azharina. Sangat menghormati,” ujarnya.
BACA SINI: GV10: “Tak Boleh Tipu, Ada Rasa Bersalah…” - Azharina Hiba, Menangis Bukan Sebab Sentap...
Terdahulu, Azharina Azhar tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika diminta mengulas mengenai persembahannya di konsert minggu ketiga.
Menurut Azharina, dia menangis bukan disebabkan oleh komen juri sebaliknya kerana rasa bersalah terhadap empat orang guru yang sudah bertungkus lumus mengajar lagu keroncong kepadanya.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar